LELAKI & WANITA

From: "Siti Hanim binti Yunus @UPJMETRO" <HanimYu@csd.tnb.com.my>

Subject: FW: Lelaki & Wanita


> LELAKI & WANITA
> 1.    Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
> menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
> terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
> 2.    Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
> duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
> 3.    Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
> menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
> 4.    Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
> berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
> kubur.
> 5.    Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
> wanita.
> 6.    Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
> terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
> 7.    Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
> seorang lelaki.
> 8.    Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
> dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
> 9.    Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
> bisa melupakannya.
> 10.   Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
> kemuliaan akhlak dan perilakunya.
> 11.   Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia
> hafal seluruh pertanyaan.
> 12.   Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
> kemerdekaannya.
> 13.   Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
> bermalam dalam kegelapan.
> 14.   Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
> mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
> 15.   Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
> sesuatu.
> 16.   Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
> suaminya teman yang termulia.
> 17.   Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
> mengenal pertengahannya.
> 18.   Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
> berkhawin.
> 19.   Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
> isteri yang mulia.
> 20.   Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
> mencintai untuk hidup berbahagia.
> 21.   Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
> 22.   Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
> setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
> suaminya.
> 23.   Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
> mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
> 24.   Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
> kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
> 25.   Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
> wanita adalah lidahnya.
> 26.   Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
> sumber kebahagiaan seorang suami.
> 27.   Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
> mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin
> lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara
> dan para jiran tetangga mendengarkan.
> 28.   Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
> berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
> kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
> 29.   Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan
> wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
> 30.   Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
> setengah beban kehidupan suaminya.
> 31.   Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
> lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
>


Comments